Pembayaran Fasa Ke 2 BPN 2.0

PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

“BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara ‘one-off’.

“Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai Lap0ran LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangs4ngan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.

“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan r4yuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.

Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak status permohonan dari tarikh 27 November 2020, manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November 2020, katanya.

“Sebanyak 304,000 PKS Mikro layak bakal menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM912 juta. Secara keseluruhannya, hampir 850,000 PKS mikro sudah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM2.55 bilion.

“Bagi mereka yang gagal permohonan, tempoh r4yuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020. R4yuan boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, untuk Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang bermula sejak Oktober 2020, sebanyak RM164.26 juta sudah dibelanjakan setakat bulan lalu bagi membantu 34,479 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 273,767 pekerja.

“Diingatkan bahawa permohonan baharu bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.

Sumber-BH