Pemilik Akaun FB Tersebut Sudah Tampil Memberi Keterangan

PEMILIK akaun Facebook ‘Siti Aminah Binti Ismail’ yang dicari pihak polis hari ini sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di Bagan Serai, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, wanita berusia 41 tahun itu tampil memberi keterangan jam 4. 30 petang tadi.

Menurutnya, hasil sias4tan wanita berkenaan sebenarnya prihatin dan mahukan penduduk di Kuala Kurau supaya peka dengan peny4kit Covid-19 yang mel4nda negara namun tersilap memberi maklumat.

“Wanita itu sudah tampil sendiri di IPD Kerian petang tadi dan memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak polis berhubung kenyataan yang ditul4rkannya.

“Semakan polis dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebenarnya di Kuala Kurau dan Parit Mat Ali, tiada klvster dari Singapura wujud sebaliknya terdapat penduduk dari luar Kuala Kurau yang pulang dari Singapura di kuar4ntin di rumah.

“Namun begitu penduduk itu bukanlah di Kuala Kurau atau di Parit Mat Ali, sebaliknya di kawasan lain manakala tempoh kuar4ntin sudah tamat pada 3 Ogos lalu dan hasilnya adalah negatif,” katanya dalam sidang media ringkas di pejabatnya di Bagan Serai, sebentar tadi.

Omar Bakhtiar berkata, pihaknya beranggapan wanita berkenaan hanyalah tersalah berkongsi informasi dengan penduduk di Kuala Kurau namun sias4tan masih lagi diteruskan.

“Berdasarkan sias4tan juga penama memaklumkan bahawa dia mendapat maklumat berhubung ‘klvster Singapore’ itu dari ahli keluarganya yang bertugas di pejabat kesihatan.

“Pihak polis menganggap kes ini hanyalah kesilapan informasi darinya. Tiada sebarang tangk4pan dibuat namun sias4tan masih diteruskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar menegaskan bahawa penutupan bank di Bagan Serai seperti yang disiarkan Harian Metro hari ini adalah bagi proses sanitasi dan pencegahan.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh mendapati kakitangan bank itu adalah kontak rapat dengan pes4kit Covid-19 ketika dia pulang ke Kedah pada hari raya Aidiladha lalu.

“Namun staff bank berkenaan bukanlah penduduk di Bagan Serai dan tidak pun hadir semula ke sini selepas dapati dirinya ada tanda-tanda awal.

“Jadi keputusan pihak bank berkenaan membuat penutup hanyalah bagi membuat langkah-langkah awal pencegahan dan tiada kakitangan bank berkenaan dij4ngkiti Covid-19,” katanya.

Sumber-BH