Peminat Teruja Untuk Melihat Perkara Berkenaan

Kuala Lumpur: Peminat bola sep4k negara nyata teruja untuk melihat pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menguruskan skuad Harimau Malaya selepas ini.

Keterujaan itu dapat dilihat di laman sosi4l apabila ramai peminat mend3sak supaya Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyerahkan soal pengurusan pasukan kepada Tunku Ismail.

Malah, ada juga peminat yang mempersoalkan kewajaran Tunku Ismail untuk mengemudi pasukan kebangsaan apabila r3kod ketika beliau memimpin Presiden FAM pada 2017 jelas tidak memuaskan.

Sebaik Tunku Ismail menjadi Presiden, beliau melantik Nelo Vingada secara rasmi pada 15 Mei 2017 namun Malaysia gag4l mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh aksi di bawah kendaliannya sebelum meletakkan jawatan pada Disember tahun sama.

Bagaimanapun, Tunku Ismail mengakui keg4galan Vingada atau lebih dikenali ‘The Professor’ itu adalah di atas kesil4pannya.

Namun kali ini jika diberi peluang, beliau yakin mampu mengubah nasib Harimau Malaya mengikut acuan JDT.

“Nelo Vingada kesil4pan saya percaya kepada seseorang jurulatih dari Malaysia, dan saya tidak fokus kepada pasukan kebangsaan (ketika jadi Presiden).

“Saya terlebih fokus untuk menyelesaikan hut4ng FAM dan tukar perlembagaan. Tapi apa-apa pun, suka tak suka, saya adalah yang terbaik (dalam pengurusan bola s3pak). Bukan ri4k, fakta,” katanya menjawab krit!kan netizen di laman sosi4l.

Katanya lagi, beliau tidak mahu kembali mengisi kerusi nombor satu di FAM sebaliknya hanya mahu membantu skuad bola s3pak kebangsaan.

“Saya tiada posisi. Tiada jawatan dalam badan induk. Saya cuma jaga dan uruskan pasukan kebangsaan. Disiplin pemain, kawal pasukan daripada pihak media atau anasir-anasir yang boleh mengganggu fokus dan m3ntal pemain, teknikal pasukan yang mengkaji setiap pemain dalam negara.

“Pemain mana yang sesuai dengan falsafah kita. Kemudahan latihan dan sesi pemulihan itu sahaja. Bukan undang-undang bola s3pak negara yag boleh ada kepentingan diri,” katanya.

Semalam, Tunku Ismail menawarkan diri untuk mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam s4ingan antarabangsa selepas ini.

Tawaran Tunku Ismail itu susulan kek4lahan demi kek4lahan yang dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa dilalui setakat ini.

Daripada empat aksi itu, Malaysia t3was dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2.

Prestasi longlai itu berterusan dalam dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila tumb4ng 0-4 kepada UAE sebelum k4lah 0-2 dengan Vietnam pada Jumaat lalu.

Sumber-MH