Penamat Kisah Dongeng Luqman

AKHIRNYA Luqman Hakim Shamsudin sah berkelana ke Belgium.

Itu penamat kisah d0ngeng yang akhirnya bertukar realiti apabila impian Luqman yang juga peny3rang muda sensasi negara menjadi kenyataan apabila disahkan akan menyertai kelab profesional Liga Satu Belgium, KV Kortrijk.

Perkara berkenaan disahkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tengah malam tadi selepas isu perpindahan Luqman dih3ret hampir setengah bulan ekoran beberapa syarat yang diletakkan Selangor sebelum ini.

“Luqman akan terbang ke Belgium untuk bersama dengan kelab terbabit selepas segala dokumentasi diproses dan diluluskan.

“FAS percaya pend3dahan di luar Malaysia adalah apa yang diperlukan Luqman ketika ini untuk maju ke peringkat seterusnya dalam karier profesionalnya,” kata kenyataan yang dikeluarkan FAS.

Sebelum ini, menerusi pend3dahan Arena Metro sejak pengumuman awal berkenaan minat mendalam KV Kortrijk ke atas Luqman tahun lalu, pelbagai dug4an terp4ksa ditempvhi oleh pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Difahamkan, penjaring terbanyak Kejuaraan AFC B-16 pada 2018 lalu itu akan menerima gaji sebanyak RM15,000-RM25,000 sebulan dan sebuah rumah dengan ikatan kontrak selama lima tahun.

Untuk rekod, Luqman muncul sebagai anak tempatan pertama yang akan beraksi di liga utama Belgium yang juga dikenali sebagai Liga Jupiler Belgium.

Sumber-MH