Penampilan Baru Mickey Menjadi

Kuala Terengganu: Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Faisal Abdul Halim akui tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas berjaya mel3dak gol pertama di depan penyokong sendiri ketika pasukannya menump4skan UiTM FC 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak kelmarin.

Lebih manis j4ringan itu hadir melalui t4ndukan cantik biarpun bekas pemain Pahang kelahiran Pulau Pinang itu hanya mempunyai ketinggian 1.58 meter.

Tambah menggembirakan pemain yang lebih mesra dipanggil ‘Mickey’ itu apabila dia mengubah gaya penampilannya dengan berkepala botak biarpun mendapat reaksi kurang senang daripada isterinya kerana sambutan Aidilfitri semakin hampir.

“Saya pun tak tahu kenapa saya gunting rambut sampai botak, Isteri saya tanya kenapa botak? Saya jelaskan untuk membuat sesuatu kepada pasukan TFC.

“Akhirnya saya berjaya menyumb4t gol yang dinanti-nantikan, sebelum ini saya j4ring gol pertama ketika bertemu Perak, namun apa yang lebih penting pasukan berjaya menambah tiga mata lagi,” katanya ketika ditemui selepas perl4wanan.

Mengulas lanjut, pemain berusia 23 tahun itu akui belum puas dengan prestasi semasanya biarpun tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan sejak perl4wanan pertama lagi.

“Sejujurnya saya belum berpuas hati dengan prestasi diri, setakat ini baharu j4ringkan dua gol, jadi saya harapkan setiap perl4wanan saya perlu lebih taj4m untuk membantu pasukan mel4kar kemenangan, kombin4si pemain muda dan berpengalaman selain tonggak import diharap mampu menjadi lebih mantap,” katanya.

Ketika diminta mengulas bertemu Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Ahad ini, Faisal menuntut rakan sepasukannya berwaspada dengan anc4man law4n biarpun menang 3-1 pada aksi pusingan pertama.

“Selepas ini kami akan bertemu Selangor dan sudah tentu kami mahu meneruskan rentak kemenangan dan kami akan melakukan yang terbaik, kami perlu sek4t peny3rang utamanya, Ifedayo Olusegun daripada bergerak bebas.

“Kemenangan ketika aksi pusingan pertama bertemu The Red Giants bukan bermakna kami boleh membaca corak permainan l4wan kerana setiap perl4wanan adalah berbeza, tak semudah itu,” katanya.

Sumber-MH