Pengakuan Pengendali Sri Pahang FC

Kuala Lumpur: Sejak mengambil alih Sri Pahang FC, pengendalinya Dollah Salleh mengakui masih lagi tidak mendapat pasukan diimpikan untuk merenc4nakan setiap taktikal dan strategi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan.

Dollah berkata, ketika ini, beliau bersama barisan kejurulatihan masih lagi mencari rentak permainan supaya pemain mampu menggalas cab4ran mencipta kejayaan pada perl4wanan Liga Super.

“Jadi saya rasa kita kena kemaskan setiap bahagian ser4ngan dan pertahanan terutama ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) nanti.

“Persembahan pasukan Sri Pahang ini saya masih belum dapat lagi skuad diidamkan daripada awal saya ambil lagi kita masih lagi tercari-cari rentak permainan,” katanya.

Pada perl4wanan di Stadium Bolas3pak Kuala Lumpur, Cheras, semalam, skuad Tok Gajah t3was 2-1 ketika bertemu Kuala Lumpur City FC.

Gol tuan rumah disumbangkan oleh tonggak import Paulo Josue dan pemain kacukan Daniel Ting manakala j4ringan skuad Tok Gajah pula disumbangkan oleh Herold Goulon untuk kedudukan kekal 2-1 hingga tamat perl4wanan.

Sementara itu, Pengendali Kuala Lumpur City FC Bojan Hodak pula enggan mend4bik dada walaupun berjaya mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut.

Katanya, barisan pemain terutama di bahagian pertahanan berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan komited pertahankan kubu daripada ser4ngan l4wan.

“Banyak peningkatan dipamerkan pemain berbanding perl4wanan sebelum ini dengan kebanyakan mereka menunjukkan persembahan baik dalam tempoh 90 minit.

“Walaupun tanpa kehadiran peny3rang utama, pemain lain mampu merenc4nakan ser4ngan dengan menj4ringkan gol untuk memberi kemenangan kepada pasukan,” katanya.

Sumber MH