Penghargaan Buat Bekas Pemain Bola Sepak Wanita

IPOH: Persatuan Pemain Bola Sepak Wanita Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini menghulurkan sumbangan kepada bekas pemain bola sepak wanita Perak era 90-an, Rozanawati Yusop yang menghidap s+rok sejak dua tahun lalu.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Wanita Malaysia, Normala Rashid berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban ditanggung bekas pemain pertahanan berusia 48 tahun itu.

“Ini sebagai tanda penghargaan kita kepada beliau selaku bekas pemain dan pernah mengharumkan nama Perak dalam sukan bola sepak.

“Walaupun kami bukan seangkatan atau tidak bermain di era yang sama, atas dasar semangat kesukanan, semua nasib bekas pemain yang berdepan kesul!tan seperti ini perlu dibantu dan mendapat pemb3laan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pemain itu di Kampung Pengkalan Pegoh di sini, hari ini.

Sementara itu, kakak Rozanawati, Hamizun, 58, berkata, sumbangan yang diberikan itu akan digunakan untuk menguruskan hal-hal yang membabitkan kesihatan adiknya.

Hamizun berkata keadaan adiknya semakin baik dan sedang menjalani raw4tan fisi0terapi dua kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta di sini.

Sumber-BH