Penjelasan Neitzel

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel menyifatkan Red Giants sepatutnya meraih kemenangan lebih besar ke atas Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Dia yang tetap berpuas hati dengan kemenangan 3-1 pasukannya menjelaskan Selangor sebenarnya boleh menj4ringkan lebih banyak gol berdasarkan peluang yang mereka miliki.

“Saya berpuas hati, kerana dua hari lalu kami beraksi dengan baik (tetapi tews kepada Kedah), kami cuba tingkatkan persembahan dan hari ini (semalam) pemain beraksi dengan sangat baik.

“Tahniah kepada semua pemain dan saya sangat gembira, lima pertukaran dan mereka berikan yang terbaik. Ia sangat penting untuk perl4wanan akan datang.

“Perl4wanan dua hari lalu kita patut j4ringkan lebih banyak gol dan hari ini juga kita patut mendapat lebih j4ringan dengan melihat kepada peluang yang ada,” katanya selepas perl4wanan.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor naik ke tangga keenam liga dengan mengumpul 11 mata, manakala Perak di kedudukan kelapan dengan lapan mata.

Sementara itu, penolong jurulatih Perak, Shahril Nizam Khalil menegaskan pasukannya perlu melupakan kek4lahan itu dan memberi fokus untuk berdepan Kedah di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

“Perl4wanan akan datang bertemu bertemu kedah, main di tempat sendiri dan jurulatih akan buat sesuatu. Kita akan b4ngkit balik untuk memberi s4ingan dalam liga,” katanya.

Sumber BH