Kalau Tak Suka Pun, Kenapa Perlu Buat Begitu

LULUH hati seorang wanita apabila melihat tiga kucing dibvnuh k3jam dengan ‘dilem4skan’ dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kep0ng.

Tindakan k3jam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi, hari ini.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, kejadian disedari jam 9 pagi oleh seorang wanita berusia 30-an yang mahu menggunakan perkhidmatan di dobi itu.

“Sebaik membuka pintu mesin basuh, wanita itu terk3jut sebaik melihat tiga ekor kucing m4ti dipercayai akibat l3mas.

“Wanita itu kemudian membuat lap0ran di Balai Polis Taman Ehsan, Kepong, hari ini supaya tindakan segera dapat diambil pihak berkvasa,” katanya kepada Harian Metro.

Arie berkata, pihaknya mengg3sa supaya tindakan segera diambil terutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) supaya hukvman setimpal dapat dikenakan terhadap lelaki itu.

“Kita mengg3sa kes ini dibuka mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015, memandangkan ia kes berat kita berharap DVS dapat mengambil tindakan segera.

“Berdasarkan akta ini, pes4lah boleh dikenakan hukvman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penj4ra setahun hingga tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya mendapati tiga kucing itu adalah kucing jalanan dan pihaknya turut menerima lap0ran daripada saksi kejadian itu.

Rak4man kamera litar tertutup kejadian itu tul4r di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki memasukkan tiga kucing ke dalam mesin basuh di kedai dobi berkenaan.

Tindakan kej4m lelaki itu menerima kec4man warganet yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa.

Kejadian kali kedua itu berlaku berikutan pada 5 Disember tahun lalu seorang pekerja kontrak yang memasukkan seekor kucing bunt!ng ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihvkum penj4ra 34 bulan dan did3nda RM40,000 oleh Mahkamah S3syen Selayang.

Sumber-MH