Perlu Ambil Peluang Bersama Skuad Hijau Kuning

ALOR SETAR: Beberapa pemain muda Kedah Darul Aman FC (KDA FC), dijangka diturunkan bagi menghadapi Perak FC dalam s4ingan Liga Super malam esok, selepas enam pemain utama skuad Hijau Kuning itu tidak dapat ber4ksi susulan keced3raan dan dig4ntung perl4wanan.

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata pemain muda berkenaan perlu mengambil peluang membuktikan kemampuan mereka dalam perl4wanan itu, bagi memastikan pasukan dapat mengut!p mata penuh walaupun ber4ksi di tempat l4wan.

“Sebelum ini, ada empat pemain yang tidak dapat ber4ksi kerana mengalami kec3deraan tapi jumlah itu bertambah kepada enam selepas dua pemain dilay4ngkan kad merah pada perl4wanan men3ntang Terengganu FC (TFC) baru-baru ini.

“Tapi, saya percaya dengan semua pemain kita dan mereka akan beri yang terbaik. Ini merupakan peluang untuk pemain muda tunjuk apa yang mereka ada dan saya harap mereka semua ambil peluang ini dengan bijak,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini malam tadi.

Renan Alves, Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd Syazwan Zainon dan Mohd Rizal Mohd Ghazali yang mengalami keced3raan tidak dapat ber4ksi malam esok, manakala Rodney Celvin dan Fadzrul Daniel tidak dapat diturunkan selepas menerima kad merah pada perlaw4nan men3ntang TFC, 9 April lalu.

Dalam pada itu, Aidil Sharin juga menjangkakan aksi men3ntang Perak FC, perlaw4nan pertama dalam bulan Ramadan mungkin sedikit suk4r bagi anak buahnya.

Katanya, pemain perlu tenang dan mencari g0l awal bagi meletakkan kedudukan pasukan di tempat yang selesa dengan secepat mungkin.

Sumber BH