Pertukaran Untuk Memantapkan Lagi Sabah FC

Kota Kinabalu: Naib Presiden Persatuan Bola Sep4k Sabah (SAFA), Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai Pengarah Sabah Football Club (FC) yang baharu, bagi mengambil alih tugas yang sebelum ini dipegang oleh Setiausaha Agung persatuan itu, Benedict Asmat.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden SAFA Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Jelani di pejabat beliau di Kementerian Kerja Raya, Sembulan, di sini, semalam.

Bung berkata, pertukaran itu merupakan pertukaran biasa bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing.

Katanya, Benedict yang sebelum ini menjadi Pengarah Sabah FC akan memberikan perhatian kepada hal-hal pentadbiran sebagai Setiausaha Agung SAFA manakala Jelani akan menfokuskan tugas baharunya sebagai Pengarah Sabah FC.

“Pertukaran tugas ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan SAFA dan Sabah FC, saya yakin kedua-dua mereka berpengalaman dan mampu melaksanakan tugas masing-masing dengan baik,” katanya.

Turut hadir dalam majlis ringkas itu ialah Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Sementara itu, Jelani yang juga pengurus pasukan wanita Sabah berkata, perlantikan itu satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas.

Sumber-MH