Pilihan Calon Terbaik

PUCUK pimpinan Umno sudah membuat penilaian dan penelitian sewajarnya sebelum memilih calon Barisan Nasional (BN) yang mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim pada 29 Ogos ini.

Pengarah J3ntera BN PRK Dun Slim, Datuk Saarani Mohamad berkata, pada peringkat awal, pucuk pimpinan Umno menerima sembilan nama calon sebelum tinggal lima calon dan dis4ring menjadi tiga calon terakhir.

Katanya, daripada tiga calon itu, pucuk pimpinan memilih Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz berdasarkan kriteria calon mampu menang berdasarkan pembabitan beliau dalam bidang politik dan belia selama ini.

“Semua calon BN sebelum ini hebat-hebat dan berkaliber, namun kita perlu pilih yang terbaik antara terbaik dan Mohd Zaidi adalah calon terbaik.

“Apabila Mohd Zaidi dipilih sebagai calon BN, secara tidak langsung Naib Ketua Umno Bahagian, Mohd Hatta Lodin akan mengambil alih sebagai Pengarah Operasi Jent3ra BN PRK Dun Slim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Calon BN PRK Dun Slim di Dewan Rajawali, FELDA Residence, Slim River, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Ahmad berkata, Mohd Zaidi memang layak dipilih menjadi calon berdasarkan pengalaman beliau dalam belia bukan setakat di peringkat nasional, malah peringkat antarabangsa.

Katanya, Mohd Zaidi adalah orang kanan Allahy4rham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika menjadi Ketua Penerangan Umno bahagian sebelum dipilih menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim.

“Penduduk memang amat mengenali beliau dan ini menjadi satu kelebihan kepada j3ntera BN berkerja bagi memenangi PRK Dun Slim Ini.

“Saya yakin dengan pengalaman beliau dalam bidang politik dan belia selama ini mampu men4mbat hati pengundi di Dun Slim,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi pula mengucapkan penghargaan atas pemilihannya dan berjanji untuk memenuhi tanggungjawab diberikan dengan penuh amanah.

“Saya akan berusaha untuk menyambung kesinambungan arw4h Datuk (Mohd Khusairi) dan memberikan khidmat terbaik untuk semua penduduk di Dun Slim.

“Biarpun kerusi Dun ini milik BN sebelum ini, saya tidak mengambil mudah pert3mbungan dengan pihak l4wan nanti.

Kita tidak menganggap (berada dalam kedudukan) selesa,” katanya.

Sumber-MH