Ramuan Terbaik Terngganu FC

Kuala Terengganu: Selepas mengh4rungi tiga aksi persahabatan, Terengganu FC (TFC) mempunyai ramuan terbaik menjadi penc4bar utama dalam baki aksi Liga Super yang bakal bersambung pada Sabtu ini.

Malah barisan pemain skuad kendalian Nafuzi Zain juga sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan Perak FC pada perl4wanan ke-14 itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, aksi persahabatan itu memberi pengalaman berharga buat semua pemain skuad Penyu selain barisan jurulatih dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kel3mahan yang ada.

“Selepas tiga aksi persahabatan itu, jurulatih sudah nampak barisan pemain yang bakal disenaraikan nanti, maknanya mereka mempunyai banyak pilihan tapi bukannya terlalu yakin kerana semua pemain diturunkan pada aksi pem4nas badan itu.

“Malah pemain pun bagaikan tidak sabar dan sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas hampir dua bulan menjalani latihan secara ‘camp based training’ sebagai persediaan menghadapi s4ingan Piala AFC yang dibat4lkan berikutan tiada negara yang sedia menjadi tuan rumah.

“Tambahan pula setakat ini tiada sebarang keced3raan pemain serta pengg4ntungan selepas lebih dua bulan tidak beraksi dalam s4ingan kompetitif itu kerana liga berehat panjang,” katanya ketika dihubungi.

Pada aksi persahabatan itu, Terengganu FC yang menyenaraikan dua import baharu pada jendela kedua perpindahan pemain iaitu Habib Haroon dari Bahrain dan pemain pinjaman dari Sri Pahang FC yang juga bekas pemainnya, Lee Tuck t3was 0-2 kepada Penang FC dalam perl4wanan pertama sebelum membel4sah PDRM FC 3-0 dan Kelantan United 4-0.

Mengulas pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus itu nanti, beliau akui corak permainan pasukan l4wan suk4r untuk dibaca kerana mereka membariskan lima import baharu selain beberapa pemain tempatan.

“Kita tidak akan sesekali memandang mudah keupayaan Perak kerana sejak dulu lagi skuad itu konsisten selain mempunyai reputasi yang hebat dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Malah kehadiran lima import baharu dalam pusingan kedua ini selain pemain tempatan sudah pasti corak permainan skuad kendalian Chong Yee Fatt itu jauh berbeza sekali gus menyuk4rkan kita untuk membaca corak permainan mereka,” katanya yang menuntut pemain agar tidak menjadikan aksi pusingan pertama sebagai ukuran.

Pertemuan pusingan pertama di Stadium Perak, Ipoh pada Mac lalu memihak kepada skuad Penyu dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Faisal Abdul Halim dan pemain kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel.

Sumber-MH