Rancangan Skuad Hijau Kuning Untuk Hadapi Cab4ran Ini

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak mahu p4nik di atas kehilangan dua pemainnya yang dilayangkan kad merah pada perl4wanan men3ntang Terengganu FC (TFC), Jumaat lalu.

Sebaliknya, skuad Hijau Kuning kini merancang pemain gantian sedia ada bagi menggantikan Rodney Celvin dan Fadzrul Danel Mohd Nizam di ruang pertahanan dan pertahanan tengah bagi mengekalkan keupayaan ketika men3ntang Perak FC di Stadium Perak, Sabtu ini.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau enggan menoleh ke belakang dengan memikirkan dua kad merah yang dilayangkan kepada pemainnya itu dan menganggapnya perkara itu sudah berlalu.

“Apa yang pasti kami perlu menghadapinya dan ia satu cab4ran buat pasukan dan kami harus lebih positif untuk membuat perancangan baharu.

“Kami akan mencari jalan terbaik bagi membuat penggantian kedua-dua pemain berkenaan dan kami akan gunakan tempoh yang ada untuk melakukan perubahan yang dirancang,” katanya.

Selain Rodney, Kedah memiliki dua lagi pemain pertahanan iaitu Zulkhairi Zulkeply dan Loqman Hakim di bangku simpanan selain Renan Alves yang sedang dalam proses pemul!han akibat keced3raan paha.

Aidil pada masa sama turut memaklumkan, terdapat latihan yang akan dijalankan pada waktu malam sepanjang Ramadan ini mengikut jadual yang disediakan.

“Saya sudah menyerahkan cadangan jadual latihan pada Ramadan sebelum ini dan diharap semua perancangan akan berjalan dengan lancar.

“Momentum semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan semua pemain berada pada tahap yang baik dan saya harap mereka dapat teruskan lagi usaha mereka,” katanya.

Sepanjang Ramadan, skuad Hijau Kuning dijadualkan bertemu Perak FC di Stadium Perak pada 17 April, Kuala Lumpur City FC (23 April), Melaka United FC di Stadium Hang Jebat (30 April), Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman (4 Mei), dan Sabah FC di Stadium Likas (8 Mei).

Sumber BH