Ranking Skuad Kebangsaan Kini

KUALA LUMPUR: Selepas naik satu anak tangga pada November, ranking skuad kebangsaan kekal di tangga ke-153 selepas kemaskini terbaharu oleh Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA).

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) menerusi akaun laman sosial miliknya, hari ini.

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga ke-153 dunia. Kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 27 November 2020.

“Kemas kini seterusnya adalah pada 18 Februari 2021,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Pada kemaskini November lalu, Malaysia menganjak satu anak tangga daripada 154 meskipun tidak mengh4rungi sebarang aksi antarabangsa pada tahun ini.

Sumber-BH