Remaja Malaysia Cipta Nama Bersama Bayern Munich

KUALA LUMPUR: Pemain skuad Bawah 15 tahun (B-15) wanita kebangsaan, Celine Chuang mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemain wanita pertama negara beraksi bersama gergasi bola s3pak Jerman, Bayern Munich.

Pemain yang baru berusia 15 tahun itu beraksi bersama skuad kedua Bawah 17 tahun (B-17) Bayern Munich sejak Julai lalu, membuktikan betapa wanita juga mampu bersa!ng dalam sukan yang kebiasaannya didominasi golongan lelaki.

Malah, namanya turut menjadi siulan penyokong bola s3pak tempatan selepas berjaya menjar!ngkan satu gol untuk pasukan lelaki B-15, Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan kedua B-17 wanita FC Bayern Munich.

Bercita-cita untuk menjadi pemain bola s3pak profesional di Bundesliga dan Piala Dunia, Celine mengambil keputusan berani untuk menghadiri sesi pemilihan bersama kelab Bavaria itu, Februari lalu.

“Segala usaha saya selama ini ternyata berbaloi apabila saya diumumkan antara 10 pemain baharu yang terpilih untuk menyertai skuad kedua wanita B-17 Bayern Munich.

“Saya juga sangat bersyukur apabila telah diberi peluang untuk beraksi bersama skuad lelaki FC Wacker München e.V,” katanya.

Sebelum ini, Celine membuat keputusan berhijrah ke negara jiran bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket, Thailand selama dua tahun.

“Ketika mengikuti latihan di Malaysia, saya banyak mempelajari tentang asas bola s3pak. Namun, di Thailand, latihannya lebih s3ngit dan mendalam kerana saya berlatih setiap minggu di bawah metodologi Cruzeiro,” katanya.

Sebagai rekod, Celine mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad B-15 wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola S3pak ASEAN (AFF) Wanita B-15 2019 selepas menew4skan Cambodia 2-1 di Chonburi, Thailand.

Sumber-BH