Ronaldo Tak Mampu Tamatkan Sumpahan Juventus

JURULATIH Juventus, Maurizio Sarri mengakui kecewa selepas gergasi Itali itu disingk!rkan daripada sa!ngan Liga Juara-Juara oleh Lyon di sebalik dua gol Cristiano Ronaldo membantu tuan rumah melakar kemenangan 2-1 ke atas law4n mereka itu, hari ini.

Jaringan sep4kan penalti kapten pasukan, Memphis Depay minit ke-12 sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan Lyon ke suku akhir menerusi gol di tempat law4n dengan agregat 2-2.

“Saya sangat kecewa, saya faham bagaimana sa!ngan ini memberi sumpahan kepada Juve,” kata Sarri yang mengambil alih tugas itu musim panas lalu.

Kelab Turin itu sudah memenangi kejohanan itu dua kali tetapi tidak selepas 1996.

Mereka muncul naib juara sebanyak tujuh kali termasuk dua kali dalam tempoh lima tahun terakhir.

Skuad bimbingan Sarri yang baru mengesahkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut, bertemu Lyon yang masih segar selepas Ligue 1 dibatalkan lima bulan lalu kerana pand3mik Covid-19.

“Kami kecewa kerana terlepas peluang pada aksi pertama di Lyon dan ia memberi kesan besar,” kata Sarri merujuk kepada pertemuan kali pertama, Februari lalu.

“Mereka melakukan persiapan lebih rapi berbanding kami. Saya pulang dengan kecewa kerana kami t3was tetapi semua pemain beraksi dengan baik.”

Sumber-MH