Sabah Kena B3nam Skuad Penyu

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) meneruskan rentak kemenangan dengan menvndukkan Sabah 4-0 pada aksi kelima Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Kemenangan pertama di laman sendiri itu sekali gus meletakkan skuad bimbingan Nafuzi Zain di tangga kedua liga pada 10 mata – tiga mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad Penyu yang masih lagi segar selepas menump4skan PJ City 2-0 di laman law4n Sabtu lalu, dilihat mendominasi permainan sejak wisel permulaan ditiup pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob.

Hasilnya pada minit ke-12, TFC berada di depan menerusi jaringan ayam tambatannya dari Mauritania, Dominique da Sylva berpunca daripada hantaran silang pemain muda meningkat naik, Muhammad Syafik Ismail.

TFC memperoleh gol kedua pada minit ke-43 menerusi tolakan mengel!rukan pemain import kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang mendapat ump4nan kapten, Lee Tuck dalam kotak penalti.

Sepanjang babak pertama, skuad Tambadau yang dibimbing jurulatih kelahiran Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto tidak banyak meng4sak kubu tuan rumah.

Pada minit ke-70, Shaakhmedov menyempurnakan gol ketiga pasukannya yang juga jaringan kedua peribadinya selepas memp3rdaya penjaga gol Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Peny3rang Sabah, Petrus Shitembi hampir berjaya memperoleh gol pertama pasukannya pada minit ke-82 apabila bijak mel0loskan diri, namun remb4tannya hanya sedikit melintasi tiang gol tuan rumah.

Pada minit ke-84, pemain import kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli yang baru dimasukkan menambah der!ta pelawat apabila mel3dak gol keempat.

Sumber-BH