Salah Sambut Hari Lahir

BINTANG Liverpool, Mo Salah berkongsi gambar menarik ketika meraikan sambutan hari lahirnya ketika perintah berkurung. Penyer4ng the Reds itu berkongsi gambar dia memakai baju merah jambu dan membawa kek coklat seperti dibuat sendiri.

Baju berkenaan seperti hadiah daripada anak-anaknya dan bertulis ‘ayah yang menakjubkan’. Dalam imej comel berkenaan, bintang itu membawa kek coklat yang dihias dengan menarik manakala di belakang kelihatan belon berwarna-warni.

Gambar berkenaan mendapat 400,000 ‘likes’ dalam tempoh setengah jam dikongsi dengan ramai peminat mengucapkan selamat hari lahir. Pemain Reds yang memakai jersi nombor 11 itu menulis di hantaran berkenaan: “Terima kasih semua kerana ucapan selamat hari lahir anda”.

Rakan sepasukan di Liverpool, Jordan Henderson turut memberi komen dengan siri simbol emoji dan reaksi peminat yang turut memuji gambar penyer4ng berkenaan.

Sumber : https://www.hmetro[.]com.my/arena/2020/06/590349/salah-sambut-hari-lahir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.