Bangga Pencapaian Isteri

KUALA LUMPUR: Aktor Nam Ron bangga apabila isterinya, Junainah M Lojong dinob4tkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. Nam Ron berkata, dia sama sekali tidak menjangkakan lakonan isteri menerusi filem Roh itu berjaya menarik perhatian juri profesional.

“Saya bersyukur melihat pencapaian isteri apabila menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, malam ini. Ini kemenangan keduanya menerusi FFM. “Kali pertama diangkat sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik menerusi filem Redha di FFM29.

“Jujurnya, saya bangga dengan usaha yang diberikan. Apabila namanya diumumkan Top 5, saya sebenarnya tidak meletakkan harapan. Dia naik atas pentas tanpa melakukan persediaan,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Nam Ron yang juga bintang utama filem arahan Emir Ezwan itu mengakui, meletakkan harapan tinggi filem berkenaan dijul4ng sebagai Filem Terbaik. “Kami dapat merasakan filem R0h akan menang dan diangkat sebagai Filem Terbaik. Jadi, kami datang untuk memberikan sokongan malam ini.

“Apabila diumumkan menang, benarlah firasat saya. Ia berdasarkan pencapaian filem R0h yang dihantar mewakili Malaysia bagi penilaian Anugerah Akademi Ke-93 untuk kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa pada April lalu. “Jadi, peluang menang lebih dari 50 peratus. Alhamdulillah, ia berjaya,” katanya.

Pada FFM31, Nam Ron turut memb0losi kelompok Top 5 menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, namun, tew4s di tangan pelakon filem S4ngkar, Zul Ariffin.

Bagaimanapun, kata Nam Ron, dia bergembira kejayaan yang diperoleh oleh Zul. “Saya tidak harap apa pun, bagus juga apabila orang lain menang sebab saya sudah menang pada FFM29. Jadi, saya okay sahaja pelakon lain menang.

“Saya lihat Zul memperlihatkan kesungguhannya dan banyak kemajuan yang dibuat menerusi lakonan. Kini, lakonannya nampak lebih matang,” katanya.