Satu Lagi Sokongan Pada Pemilik Pasukan JDT

Kuala Lumpur: Kemampuan meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul antara kelab paling berjaya di rantau ini adalah bukti Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah individu tepat mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Bekas pemain kebangsaan era 60an dan 70an, Datuk M Karathu berkata, beliau menyokong jika skuad negara diserahkan kepada Tunku Ismail selepas ini.

“Saya sokong sebab beliau (Tunku Ismail) memang minat dalam bola s3pak. Apa yang sudah ada di JDT bukti kejayaan beliau.

“Beliau tahu apa yang mahu dilakukan dan kita harus bagi sokongan kepadanya,” katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam kejurulatihan apabila pernah mengendalikan skuad B-21 kebangsaan, Perak, Kelantan, Woodlands Wellington FC (di Singapore) dan pasukan kebangsaan Sri Lanka.

Arena Metro sebelum ini melaporkan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) bersedia memperhalusi tawaran Tunku Ismail menguruskan skuad kebangsaan pada s4ingan antarabangsa akan datang.

Jelas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, perkara itu akan diperhalusi sebaiknya mengikut tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ditanya mengenai pemain naturalisasi, Karathu mengakui tidak bersetuju dan melihat pemain terbabit tidak mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi.

“Naturalisasi bukan program yang betul-betul berkesan. Kalau kita nak berjaya, kita perlu hebatkan pembangunan di peringkat belia,” katanya kepada Arena Metro.

Sebaliknya beliau melihat kehadiran pemain kacukan lebih baik daripada naturalisasi untuk mewakili negara di pentas antarabangsa.

Sumber-MH