Satu Perubahan Baik Buat Sri Pahang FC

KUANTAN: Biarpun Sri Pahang FC mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas UiTM FC malam tadi, Dollah Salleh mengakui masih belum berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan itu.

Ketua jurulatih itu berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki jika mahu bers4ing dengan pasukan yang berada di persada Liga Super.

“Daripada segi permainan, belum lagi apa yang diinginkan walaupun pemain mempamerkan prestasi lebih baik apabila berjaya mencapai misi kemenangan pada perl4wanan ini.

“Namun, saya gembira kerana matlamat mengut!p tiga mata pada perl4wanan terakhir pusingan pertama menjadi kenyataan.

“Kemenangan ini juga membantu meningkatkan motivasi kepada pemain untuk mempamerkan aksi lebih bagus pada pusingan kedua nanti,” katanya.

Mengulas kemenangan besar ke atas UiTM, Dollah tidak menjangkakan pasukannya mencatat kemenangan dengan menj4ringkan lima gol.

“Bagi saya, kami bernasib baik apabila UiTM tidak menj4ringkan gol pada babak kedua perl4wanan apabila Helmi Eliza Elias berjaya menyelamatkan sep4kan pen4lti.

“Selepas itu pemain b4ngkit untuk menambah tiga g0l untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan,” katanya.

Pada perl4wanan itu, lima gol Sri Pahang, masing-masing satu dij4ringkan Lee Tuck, Pedro Henrique, Muhamad Baqiuddin Shamsudin dan Herold Goulon manakala j4ringan sendiri pemain UiTM, Muhammad Fahmi Mohd Rizam.

Biarpun mencatat kemenangan besar, skuad Tok Gajah kekal berada di tangga kedua terc0rot liga dengan mengut!p lapan mata selepas 11 perl4wanan.

Sumber-BH