Sebab Pilih Pasukan Terengganu FC

KUALA TERENGGANU: Perancang baharu Terengganu FC (TFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak mengganggap status sebagai pemain kebangsaan membolehkan dia mendapat ‘lesen’ besar untuk membarisi kesebelasan utama skuad Penyu musim depan.

Sebaliknya, pemain berusia 22 tahun kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu mengakui masih kurang ilmu dan tekad mahu berguru dengan barisan jurulatih TFC bagi memantapkan lagi corak permainannya.

“Saya pilih pasukan TFC kerana ingin belajar dengan barisan jurulatih sekali gus mahu mengembangkan lagi karier dalam sukan bola s3pak ini. Saya juga mahu berguru dengan pemain lebih berpengalaman,” katanya di sini, semalam.

Nada sama diluahkan rakan sepasukannya di TFC, Shahrul Nizam Ros Hasni yang mengakui perlu bekerja keras untuk mengisi slot dalam kesebelasan utama pasukan baharunya itu.

“Saya seperti pemain lain perlu berusaha lebih keras untuk membarisi pasukan kerana impian saya untuk membawa pulang satu trofi ke Terengganu selain membantu pasukan itu mara lebih jauh dalam sa!ngan Piala AFC.

“Bagi saya aura penyokong TFC adalah sama seperti peminat setia Kelantan. Ssebab itu saya pilih pasukan ini walaupun saya mendapat empat lagi tawaran daripada skuad lain,” kata tonggak pertahanan skuad kebangsaan Bawah 23 tahun itu yang meng!kat kontrak selama dua tahun sama dengan Nik Akif.

Dalam pada itu TFC terus ‘memborong’ pemain baharu, apabila meng!kat seorang lagi pemain muda Kelantan semalam iaitu Mohamad Hakimi Abdullah sekali gus menjadi pemain keenam dirantai jurulatih, Nafuzi Zain.

Sebelum ini TFC sudah meng!kat bekas pemain Pahang, Faisal Abdul Halim, Muhamad Arif Mohamed Anwar (UiTM FC) dan Asnan Ahmad (UKM FC).

Sumber-BH