Sebab Syafiq pilih KDA FC

KUALA LUMPUR: Peny3rang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad hanya mempunyai satu matlamat iaitu segera mengembalikan semula rentak permainan dan keyakinan diri selepas dipinjamkan ke pasukan lamanya, Kedah Darul Aman FC pada sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Muhammad Syafiq yang kembali ke pangkuan pasukan lamanya daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan meletakkan janji bulan dan bintang dengan meletakkan sas4ran angka jaringan tertentu buat skuad “Lang Merah” itu.

“Sememangnya saya bersyukur kerana dapat kembali ke Kedah malah dengan k3sungguhan ditunjukkan pengurusan, itu juga menjadi faktor saya kembali ke sini dan rasa gembira kerana masih ada orang berminat dengan khidmat saya.

Saya mahu mengembalikan keyakinan dalam diri ini serta rentak yang dimahukan, itu perkara yang menjadi keutamaan apabila saya bersama Kedah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Sementara itu, pemain berusia 26 tahun itu berharap kepulangannya ke pasukan yang bergelar naib juara Liga Super musim lepas mampu membantu mereka untuk mencab4r kejuaraan dalam apa jua sa!ngan Liga M selain melangkah lebih jauh dalam Piala AFC.

Beliau juga yakin kualiti dimiliki Kedah tidak pernah hilang biarpun kehilangan khidmat dua pemain berpengalaman iaitu Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali selepas kedua-dua mereka mencari angin baharu bersama Sabah FC.

Muhammad Syafiq pada masa sama turvt menzahirkan penghargaan buat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudi memberi perken4n kepadanya untuk berhijrah ke Kedah selain sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan pemilik JDT itu.

“Penyokong-penyokong Kedah juga memberikan banyak kata positif terhadap kehadiran semula di Kedah dan itu menjadi penambah motivasi buat saya,” katanya.

Memulakan karier di peringkat remaja bersama Kedah sejak tahun 2012, beliau mula diserapkan dalam pasukan senior pada musim 2015 sehingga 2017 sebelum berhijrah ke JDT. – BERNAMA

Sumber – HM