Shahrel Menunjukkan Perkembangan Positif

KUALA LUMPUR: Peny3rang Selangor FC (SFC), Shahrel Fikri Md Fauzi menunjukkan perkembangan positif selepas lebih sebulan mengalami kec3deraan ret4k tulang kanan fibula ketika aksi bertemu Sri Pahang FC, 5 Mei lalu.

Menurut ahli fisioterapi SFC, Helber Richard, peny3rang berusia 26 tahun itu tidak lagi perlu memakai kasut ortopedik yang sebelum ini digunakan untuk melindungi dan menyokong kakinya bermula minggu depan.

Justeru, Helber optimis peny3rang kebangsaan itu akan kembali ‘men3ndang bola’ dalam masa empat hingga lima bulan akan datang selepas melihat perkembangan pemulihan yang ditunjukkan peny3rang kebangsaan itu.

“Shahrel menjalani sesi pemulihan sekitar lima minggu dan memberi komitmen yang sangat baik untuk kembali pulih. Shahrel perlahan-lahan tidak lagi menggunakan kasut ortopedik semasa proses pemulihannya untuk beberapa aktiviti di gim.

“Kami sudah merancang program pemulihan untuk Shahrel selama empat hingga lima bulan. Dia menjalaninya dengan baik dengan bantuan doktor pasukan yang memantau perkembangannya, jurulatih kecergasan yang menjaga kecergasannya dan ahli nutrisi pasukan yang menyelia diet dan pemakanannya sepanjang sesi pemulihan,” katanya.

Terdahulu, bekas peny3rang Perak itu mengalami keced3raan serius selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dan hanya sempat beraksi selama 10 minit ketika menentang skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Sebaik sahaja dikeluarkan dari padang, Shahrel dibawa ke hospital berdekatan venue perl4wanan untuk membuat pemeriksaan sinar-x dan kemudiannya terus dihantar ke Ara Damansara bagi menjalani pemb3dahan selepas disahkan mengalami ret4k tul4ng kanan fibul4.

Sebagai r3kod, pemain terbabit agak berg3lut pada musim pertamanya bersama The Red Giants apabila setakat ini mel3dak satu gol ketika bertemu Sri Pahang FC pada aksi pembukaan Liga Super.

Sumber-BH