Sorang Lagi Pemain Muda Tempatan “Bintang Baharu”

Kuala Lumpur: Selepas Luqman Hakim Shamsudin menjadi pemain tunggal negara yang beraksi dengan kelab profesional di Eropah, kini tiba giliran seorang lagi pemain muda tempatan, Adam Hamid beraksi di benua itu.

Adam, 20, disahkan menandatangani kontrak selama semusim bersama kelab Bosnia, NK Zvijezda Gradacac yang bermain di s4ingan divisyen dua negara itu.

Walaupun ia hanya liga kedua, namun kemampuan Adam meng!kat kontrak dengan kelab Bosnia itu dilihat cukup bermakna dan bukan mudah.

Pengumuman penyertaan Adam itu dibuat sendiri oleh kelab barunya itu di laman s0sial yang mengalu-alukan kedatangan tonggak pertahanan kiri itu.

“Adam Hamid pemain bintang baharu, Adam datang jauh dari Malaysia berusia 20 tahun dan akan mengisi posisi bek kiri,” kata kelab itu.

Sebelum ini, Adam pernah berkelana di Serbia bersama FK IMT dan skuad pelapis FK Crvena Zvezda atau lebih dikenali sebagai Red Star Belgrade.

Untuk r3kod, sebelum ini beberapa pemain negara pernah beraksi di Eropah seperti Liga Portugal yang menyaksikan Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Fakri Saarani bermain dengan kelab divisyen satu dan dua.

Selain itu, Liga Jerman dan Perancis turut menjadi pilihan pemain Malaysia termasuk Mohd Fadzli Saari, Rudie Ramli dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Begitupun dijangka dalam tempoh beberapa tahun akan datang, lebih ramai pemain muda bakal mendapat perhatian kelab-kelab utama di Eropah dengan tawaran kontrak di sana.

Ketika ini sekurang-kurangnya hampir 10 pemain muda negara berjaya memasuki akademi bola sep4k serta pasukan pembangunan terkemuka.

Antaranya Aqil Arazi Aziz di Perancis beraksi dengan akademi AS Cannes, Allee Putra Azril bersama akademi FC Malaga di Sepanyol serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab, Red Star Belgrade.

Sumber-MH