Sri Pahang FC Antara Pasukan Menukar ‘Enjin’

Kuala Lumpur: Tampil lebih meyakinkan. Itu kesimpulan yang dapat dilihat menjelangnya s3pak mula s4ingan Liga Super pada 24 Julai ini.

Beberapa pasukan terutama yang berada di tangga terc0rot turun dengan lebih ‘power’ menerusi pembelian beberapa pemain baru.

Sri Pahang FC, Perak FC dan UiTM FC dilihat menukar ‘enjin’ pasukan dengan mengambil pemain import yang dikatakan lebih berkualiti dan mampu mencipta keputusan positif untuk skuad masing-masing.

Berdasarkan perl4wanan lalu, UiTM FC boleh dikatakan agak mal4ng apabila sehingga kini masih lagi gagal mengecapi kemenangan sekali gus berada tangga terc0rot dengan hanya dua mata.

Keputusan yang agak bvruk itu menyebabkan pengurusan pasukan bertaraf universiti terbabit membawa masuk sekurang-kurangnya tujuh pemain dan menukar tiga awang import mereka terdiri daripada Juao Pedro, Dominic Picak dan Nana Poku.

Situasi sama turut melanda kem Perak FC dan Sri Pahang FC dengan dua pasukan berkenaan berhadapan pelbagai liku pada awal s4ingan liga hingga gagal mencatatkan keputusan positif.

Perak FC yang dilanda masalah tunggakan gaji tidak terkecuali membeli-belah pada jendela perpindahan kedua dengan memasukkan lapan muka baharu untuk memperkuatkan pasukan.

Namun, skuad Bos Gaurus juga berhadapan cab4ran selepas enam tonggak pasukan itu terdiri daripada Guilherme de Paula, Nazirul Naim, Shahrul Saad, Shakir Hamzah, Kenny Palray dan J Parthiban mengambil keputusan angkat kaki dan berhijrah ke pasukan lain.

Sri Pahang FC pula yang menyimpan cita-cita untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik membuat tindakan dr4stik dengan menggantikan semua pemain import mereka.

Skuad Tok Gajah membawa masuk, bekas pemain Nongbua Pitchaya, Nicholas Swirad dan empat tonggak import Aung Kaung Man, Manuel Hidalgo, Yakubu Abubakar dan Kenny Athiu.

Sementara itu, dua pasukan Lembah Klang masing-masing Petaling Jaya City FC dan Selangor FC pula lebih yakin dengan barisan pemain yang ada dan tidak membuat sebarang penukaran atau mengambil pemain baharu bagi mengh4rungi baki perl4wanan Liga Super.

Sri Pahang FC

Masuk

Nicholas Swirad (Nongbua Pitchaya)

Aung Kaung Man (Khon Kaen United)

Manuel Hidalgo (Sheffield Wed FC)

Yakubu Abubakar (Shan United FC)

Kenny Athiu (Melbourne Victory)

Sumber-MH