Kembali bersama Sri Pahang FC

Kuantan: Pemain import dari Argentina, Manuel Hidalgo d!katakan kembali menyertai Sri Pahang FC bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurut sumber kelab itu, kehadiran pemain tengah berumur 22 tahun itu turvt mendapat persetujuan daripada pengurusan tertinggi kelab berken4an.

“Saya boleh sahkan Hidalgo yang sebelum ini tidak berada dalam senarai pemain import musim 2022 akan kembali bersama Sri Pahang.

“Diharapkan dengan pengalaman yang dimiliki Hidalgo yang menyertai Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua musim lalu akan tampil lebih padu,” kata sumber itu.

Pada 4 Disember lalu, skuad Tok Gajah membuat romb4kan besar-besaran bagi menghadapi sa!ngan Liga M musim 2022 apabila melepaskan 14 pemain musim lalu termasuk lima tenaga import.

Lima pemain import yang disingk!rkan adalah Herold Goulon, Abubakar Yakubu, Kenny Athiu, Aung Kaung Mann dan Hidalgo.

Namun, dengan kembalinya Hidalgo dalam pasukan, Sri Pahang diyakini mampu membentuk pasukan yang lebih mantap terutama di bahagian tengah.

Sebelum itu, Sri Pahang turvt membuat kejut4n apabila menyenaraikan kembali kapten pasukan musim lalu, Muslim Ahmad.

Setakat ini, Sri Pahang menges4hkan dua pemain import bersama kelab itu iaitu Mahmoud Za’tara dari Jordan dan bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis, Johan Martial.