Status jurulatih TFC akhirnya terjawab

Kuala Terengganu: Tanda tanya sama ada Nafuzi Zain menerima ataupun men0lak jawatan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) musim depan akhirnya terjawab apabila pengendali muda itu sudah menghantar surat penerimaan kepada pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd minggu lalu.

Pada 6 Disember lalu, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Presid3n Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutvskan pengendali musim ini itu kekal membimbing skuad Penyu musim depan.

Namun sama ada pengendali kelahiran Kelantan itu menerima atau sebaliknya jawatan itu berg4ntung kepada persetujuan jurulatih itu sendiri dan pihak TFC Sdn Bhd memberikan tempoh kepada jurulatih itu untuk membuat keputusan.

Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menjelaskan, bekas peny3rang Terengganu itu sudah bersetuju untuk kekal membimbing skuad TFC musim depan.

“Sah jawatan ketua jurulatih TFC musim depan kekal menjadi milik Nafuzi selepas beliau menghantar surat persetujuan kepada pihak pengurusan TFC pada Khamis minggu lalu.

“Jadi kini tidak timbul lagi seb4rang spekulasi ataupun persoalan mengenai jawatan itu, yang penting barisan kejurulatihan kini dalam usaha untuk melengkapkan barisan pemain sebagai persediaan menjelang sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu peminat setia skuad Penyu tertanya-tanya sama ada jurulatih kesayangan mereka itu menerima ataupun men0lak tawaran daripada pihak pengurusan TFC Sdn Bhd.

Keresahan peminat setia skuad itu berasas selepas jurulatih berusia 43 tahun itu sebelum ini tidak memberi jawapan segera sama ada menerima ataupun men0lak tawaran itu selepas dikhabarkan turvt menerima lam4ran daripada beberapa kelab lain musim depan.

Dengan pengesahan itu, sudah pasti peminat setia skuad itu lega lebih-lebih lagi jurulatih itu berjaya membantu pasukan menam4tkan sa!ngan Liga Super di kedudukan keempat selain mara ke peringkat separuh akhir sa!ngan Piala Malaysia musim ini walaupun petunjuk prestasi utama (KPI) pasukan tidak tercapai.