Tak Perlulah Sentim3ntel

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim menegaskan rasa sentim3ntal tidak boleh ada dalam era bola s3pak profesional sekali gus dia menegaskan tiada keperluan untuk meny3kat kemasukan jurulatih asing dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M).

Dengan bermulanya proses penswastaan pada tahun depan, jurulatih tempatan perlu bersedia untuk bersa!ng dalam pasaran terbuka dan perlu akur kepada ‘kehendak’ pasukan yang pasti mahukan jurulatih terbaik untuk membimbing mereka.

“Pada pendapat saya, tidak perlu kenakan apa-apa sekatan kepada jurulatih luar kerana ini pasaran terbuka. Cukuplah sekadar peraturan asas, contohnya jurulatih perlukan lesen profesional A. Jadi kalau jurulatih asing memiliki kriteria itu, mereka boleh bekerja di sini.

“Sekarang ini bukan lagi zaman amatur di mana perlu ada sentimen untuk jurulatih tempatan sahaja boleh jadi jurulatih di sini. Kita sudah memasuki era profesional, jadi persa!ngan sebegini memang wujud.

“Jurulatih tempatan perlu sedar dengan persa!ngan ini dan mungkin boleh mempertimbangkan tawaran yang dirasakan wajar untuk bersa!ng dengan jurulatih dari luar,” katanya.

Bagaimanapun, Zakaria mengakui kebimb4ngan mengenai nasib jurulatih tempatan yang terpinggir sememangnya berasas sekali gus dia mencadangkan supaya jurulatih tempatan dapat diberi peluang dalam pasukan meskipun dalam kapasiti yang berbeza.

“Tiada masalah untuk pasukan mengambil jurulatih luar tetapi jangan ketepikan jurulatih tempatan juga. Katakan musim depan kita ada 22 pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana, kita berikan tempat pembantu jurulatih kepada anak tempatan, jadi 22 jurulatih tempatan sudah ada kerja.

“Kalau tidak sebagai pembantu jurulatih pun, pasukan boleh beri peluang dalam posisi lain dalam kejurulatihan. Contohnya pemantau bakat yang secara tidak langsung boleh memberi nasihat kepada pasukan ataupun sebagai pengarah teknikal.

“Apapun, di penghujungnya nanti, pencapaian pasukan tetap menjadi ukuran tidak kiralah pasukan itu menggunakan khidmat jurulatih luar ataupun jurulatih tempatan,” katanya.

Sumber-BH