Taktik PATI Masuk Malaysia

TUJUH pendatang as!ng tanpa izin (Pati) warga Indonesia dit4han polis dalam Ops Benteng selepas berlayar masuk ke negara ini dengan sebuah bot nelayan semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, penah4nan mereka yang berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dilakukan sejurus bot nelayan terbabit berlabuh di Pengkalan Kecil Tandop, Sungai Bahru pada jam 1 pagi semalam.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kehadiran bot nelayan terbabit selepas pasukan keselamatan melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Pada awalnya mereka memberi alasan ingin men4ngkap ikan namun pemeriksaan di dalam bot tidak menemui sebarang peralatan men4ngkap ikan.

“Malah hasil soal s!asat awal secara berasingan ke atas mereka juga mengel!rukan kerana sebahagian daripada mereka mend4kwa sedang berlayar ke Satun, Thailand.

“Manakala sebahagiannya lagi mend4kwa ingin masuk ke negara ini namun tiada sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.

Wari berkata, kumpulan terbabit juga mend4kwa kehadiran mereka ke negara ini dibawa oleh seorang tek0ng yang juga warga Indonesia, namun pihaknya masih meneliti perkara berkenaan.

“Mereka mend4kwa tek0ng terbabit sempat melar!kan diri, namun kita masih meneruskan sias4tan kerana khu4tir alasan terbabit digunakan untuk membebaskan diri saja.

“Mereka dir3man selama 14 hari bermula hari ini mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani sar!ngan Covid-19,” katanya.

Katanya, pihaknya turut mer4mpas sejumlah wang tunai not Rupiah Indonesia dan dokumen pelaut.

Sementara itu, Wari berkata, dalam operasi yang sama, pihaknya turut men4han tiga Pati termasuk seorang wanita Myanmar berusia 29 hingga 41 tahun di sebuah penempatan sementara di kawasan Hutan Simpan Paya Bakau, Pulau Ketam, Kuala Perlis.

Semua mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah namun tamat tempoh dan didapati bersembunyi bagi mengelak dari dit4han pihak berkuasa.

Sumber-MH