Terima Kasih Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu sehingga berjaya mengawal penul4ran wab4k COVID-19 di negara ini.

Jelas gembira dengan pencapaian itu, beliau berkata, kerjasama seluruh rakyat Malaysia dapat dilihat dengan ketara menerusi sifar kes penularan tempatan yang dicatat hari ini dan hanya satu kes positif jangk!tan dari luar negara.

“Terima kasih rakyat Malaysia membantu KKM (Kementerian Kesihatan) dan kita berjaya mencapai hanya satu kes serta sifar kes penvlaran tempatan,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pencapaian itu adalah hasil kerjasama setiap peringkat lapisan masyarakat yang memainkan peranan masing-masing.

Katanya, ia termasuk mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Penurunan kes harian ini menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kaw4lan kendiri dan tanggungjawab sosial.

“Ini semua adalah normal baharu yang perlu diamalkan secara meluas dan berterusan bagi memastikan kita berjaya mem3rangi wab4k COVID-19,” katanya.

Sumber-BH