Terpaksa Merangkak Sejauh Itu Untuk Mendapatkan Bantuan

PETALING JAYA: Seorang m4ngsa kemal4 ngan terpaksa mer4ngkak keluar daripada kenderaannya yang r3muk dan terper 0sok di dalam longkang selepas terb4bas berhampiran Bulatan Lapangan Terbang Subang di sini, untuk meminta bantuan berikutan kejadian itu tidak disedari awam, semalam.

M4ngsa yang berusia 24 tahun yang berlvmuran lumpur terpaksa berjalan kira-kira 300 meter untuk mendapatkan bantuan petugas di Pos Polis Bantuan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang terletak di situ.

Anggota polis bantuan di situ kemudian memberi raw4tan awal kepada m4ngsa yang c3der4 pada tangan sebelum melap0rkan kejadian itu kepada polis dan menghubungi pihak hospital.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata polis menerima laporan kejadian kemal4ngan itu pada jam 6.30 petang sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi untuk menjalankan sias4tan.

“Sias4tan mendapati m4ngsa terb4bas sendiri ke dalam sebuah longkang besar di Bulatan Lapangan Terbang Subang menghala ke Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

“M4ngsa kemudian berjaya keluar daripada kenderaannya melalui tingkap bahagian pemandu dan berjalan kaki kira-kira 300 meter dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan di Pos Polis Bantuan MAB,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, m4ngsa yang juga seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dibawa ke Hospital UiTM Sungai Buloh untuk raw4tan akibat ters3liuh pada tangan kiri dan keadaannya dilap0rkan stabil.

Sias4tan k3s dijalankan mengikut S3ksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber-BH