Terpaksa Tipu Dijangk!ti Cov!d-19

Kuala Lumpur: “Setiap hari kami terpaksa men!pu syarikat kredit, beri macam-macam alasan termasuk dij4ngkiti Cov!d-19 dan mendapatkan raw4tan di Hospital Sungai Buloh.

“Tetapi itu hanya bertahan beberapa hari, selepas itu kami dihubungi lagi dan dipaksa membuat bayaran bulanan. Macam mana kami nak bayar, sedangkan kami tiada pendapatan,” kata Abdul Aziz Ismail Ghani.

Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia itu berkata, seramai 1,200 pengusaha bas kini bukan saja berdepan gulung tikar, malah hidup tert3kan kerana menanggung hut4ng keseluruhan berjumlah RM3 bilion.

Menurutnya, mereka sudah tidak mempunyai pendapatan selepas tidak dibenarkan beroperasi akibat penul4ran pand3mik itu.

Katanya, ramai pengusaha bertindak menyembunyikan bas mereka di tempat tertentu bagi mengelak ditarik dan ada yang membayangkan untuk memb4kar kenderaan itu.

“Secara purata, setiap pengusaha menanggung hut4ng antara RM50,000 hingga RM100,000 sejak Cov!d-19 melanda.

“Kami tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Setakat ini, ramai juga yang sudah jatuh sak!t dan ada yang men!nggal dunia kerana tert3kan dan tidak tahan menanggung tekanan hut4ng.

“Sebelum ini, kami merayu supaya syarikat kredit juga memberikan kelonggaran dari segi penangguhan bayaran tetapi setakat ini hampa.

“Kami tidak mahu m4ti dalam keadaan memikirkan hut4ng. Apa yang kami harapkan, ada mekanisme bagi membolehkan kami menjadualkan semula bayaran atau menangguhkan bayaran sehingga dapat beroperasi semula,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan hari ini.

Abdul Aziz berkata, ketika ini terdapat 6,800 buah bas yang ters4dai kerana tidak dapat bergerak seperti biasa dan jumlah tanggungan itu tidak termasuk kos penyel3nggaraan.

Katanya, ramai pengusaha kini menunggu masa untuk dikejar c3ti har4m kerana membuat pinjaman akibat keadaan yang terlalu mend3sak.

“Dengan jumlah hut4ng yang besar, kami tidak lagi mampu menanggung beban ini. Saya bagi pihak industri, merayu kerajaan melakukan sesuatu,” katanya yang turut membuat laporan polis di Putrajaya mengenainya.

Sementara itu, Nadzim berkata, PPIM mengg3sa kerajaan tampil dengan kaedah tertentu bagi membantu pengusaha bas di seluruh negara.

Katanya, ia kerana pengusaha bas bukan saja berdepan saat paling krit!kal, ia mendorong sebahagian daripada mereka mengambil tindakan di luar kawalan.

“Saya mendengar kelvhan mereka, ada yang tidak tahan sampai nak bak4r bas sendiri.

“Itu belum lagi kita cakap soal pinjam c3ti har4m dan sor0k bas. Sebelum ini, kita dengar orang sor0k kereta, sekarang bas. Mungkin treler pula selepas ini. Kerajaan perlu bantu segera,” katanya.

Sumber-MH