TFC “Kerjasama Dengan Kelab Gergasi”

KUALA TERENGGANU: Bagi memperkasakan lagi sukan bola s3pak negeri, Persatuan Bolas3pak Negeri Terengganu (PBSNT) meng!ntai kerjasama dengan kelab g3rgasi Portugal, Sporting Lisbon.

Hasrat itu dinyatakan Timbalan Presiden I PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim yang mend3dahkan sudah mengadakan pertemuan dengan pengurusan kelab berkenaan yang juga juara Liga Portugal sebanyak 18 kali.

“Sebenarnya sebelum ini kita sudah ada perbincangan di Kuala Lumpur. Kedua-dua pasukan sedia bekerjasama dalam beberapa aspek tapi disebabkan COV!D-19, perbincangan lanjut tidak dapat diteruskan.

“Namun PBSNT sedia untuk kembali ke meja rundingan sekiranya keadaan mengizinkan dan ianya sudah tentu akan memberi manfaat kepada sukan bola s3pak negeri,” katanya.

Mengikut rekod, kelab Sporting Lisbon yang mempunyai akademi sendiri sudah melahirkan ramai pemain bertaraf dunia seperti legenda, Luis Figo dan Cristiano Ronaldo.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, TFC juga akan meng!ntai kelab lain bersesuaian dengan falsafah bola s3pak negeri dan setakat ini sudah mengadakan pertemuan dengan sebuah kelab dari Crotia.

Katanya, bermula tahun depan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menjadi rakan strategik dengan TFC Sdn Bhd dalam sains sukan dan perniagaan.

Sumber-BH