Tiada jalan mudah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini mendapat sunt!kan lebih bertenaga apabila lima pemain muda yang disenaraikan baru-baru ini diyakini dapat meningkatkan lagi keupayaan skuad Hijau Kuning pada 4ksi Liga Malaysia dan juga sa!ngan Piala AFC pada musim depan.

‘Ubi muda’ berken4an terdiri daripada Afeeq Iqmal di ruang ser4ngan, Fikhri Zulkiflee di bahagian tengah, serta tiga pemain pertahanan Kamil Akmal, Heshamudin Ahmad dan Fareez Amirul Fadzil.

Penyertaan lima pemain bersama skuad Hijau Kuning yang sebelum ini ber4ksi bersama skuad Piala Presid3n Kedah ini diyakini mampu menjadi pelapis yang Kedah perlukan dan persiapan sebagai tonggak utama untuk masa depan.

Menurut Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, penyertaan mereka adalah peluang terbaik dalam perancangan KDA FC yang memberi peluang bakat muda bersa!ng bagi membuktikan kemampuan mereka dalam Liga Malaysia.

“Mereka sudah berada di landasan yang tepat, namun mereka perlu buktikan kemampuan yang mereka ada itu seiring dengan cita-cita yang mereka idamkan.

“Saya sudah melihat k3sungguhan mereka sejak musim lalu dan saya yakin mereka akan berusaha gigih bersama beberapa pemain muda lain yang sudah bersama pasukan pada musim ini demi mencari kejayaan untuk Kedah pada musim depan.

“Apa yang mereka perlukan adalah bersedia meningkatkan tahap kecergasan yang tinggi dan tampil dengan mentaliti yang tepat untuk memajukan diri dalam karier bola sepak.” katanya.

Aidil juga berkata dalam mengejar impian menjadi pemain utama, tiada jalan mudah selain perlu berkerja ker4s, tekun dalam usaha, serta fokus pada latihan yang akan dijalankan disamping menunjukkan semangat bersa!ng dalam pasukan.

“Mereka perlu tingkatkan tahap kecergasan ke tahap terbaik dan bersedia untuk bersa!ng bagi memastikan tempat dalam pasukan sepertimana yang pernah dilalui oleh dua pemain muda sebelum ini iaitu Fadzrul Daniel dan Fayadh Zulkifli.” katanya.