Tidak Dapat Beraksi Bersama Sri Pahang FC Buat Sementara

KUANTAN: Dollah Salleh mengesahkan pertahanan import, Herold Goulon tidak beraksi apabila Sri Pahang FC melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Ketua jurulatih itu berkata, keced3raan yang dialami pemain import kelahiran Perancis itu menj3jaskan persediaan pasukan itu berdepan Harimau Selatan.

“Di sebalik ketiadaan Goulon, Muslim Ahmad yang juga kapten pasukan dan Jadid Ilias kembali berada dalam senarai pemain utama.

“Mereka kembali bersama pasukan selepas menjalani pengg4ntungan satu perl4wanan. Kehadiran Muslim dan Jadid diharap membantu memperkasakan bent3ng pasukan,” kata Dollah.

Ditanya senarai pemain yang akan diturunkan, Dollah belum lagi memuktamadkan termasuk sama ada menyandarkan harapan kepada dua peny3rang import, Yevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique dalam kesebelasan utama.

Katanya, setakat ini, tiada lagi kata putus memandangkan prestasi kurang memuaskan yang dipersembahkan dua pemain terbabit dalam usaha mempert4jamkan bahagian ser4ngan pasukan.

“Cuma apa yang diharapkan ialah semua pemain perlu lebih bersedia dan fokus sepanjang 90 minit perl4wanan,” katanya.

Selepas lapan perl4wanan, Sri Pahang menghuni tangga kedua ter0orot Liga Super dengan hanya mengut!p lima mata.

Sumber BH