Tidak Hanya Mengikut Dasar Tersebut Di Atas Kertas

Kuala Lumpur: Penswastaan bermaksud tidak lagi mengharapkan ‘wang ihsan’ pihak berkaitan terutama daripada Liga Bolas3pak Malaysia (MFL). Perkara terbabit perlu dititik berat pasukan Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini supaya membuang sikap mengharapkan bantuan seumpama itu dalam memacu pasukan bermula musim depan.

Pemerhati bola s3pak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa berkata, apabila konsep penswastaan sudah diperkenalkan maka pasukan pun perlu diswastakan sepenuhnya dan tidak hanya sekadar mengikut dasar penswastaan ‘di atas kertas’.

Oleh itu, ‘wang ihsan’ dalam bentuk agihan hak penyiaran atau ihsan kerajaan negeri saban tahun tidak seharusnya menjadi sumber utama kewangan pasukan di mana mereka kini perlu berdiri atas kaki sendiri dan bijak menjana pendapatan menerusi perniagaan bola s3pak.

“Apabila terlalu mengharapkan agihan itu tetapi tidak mendapat jumlah seperti yang diharapkan, itu yang akan jadi masalah kerana akan menjejaskan perancangan pasukan itu.

Sebab itulah mereka perlu bijak mencari dana yang kukuh sebagai tulang belakang pasukan.

“Kalau MFL tidak memberikan agihan itu pun, saya rasa ia bukan satu kesalahan walaupun ada komitmen daripada mereka seperti yang sudah dilakukan sebelum ini. Apatah lagi pada situasi pand3mik ketika ini dan mereka pun berdepan kek4ngan selepas penar!kan diri beberapa penaja.

“Saya cadangkan kalau MFL ada dana untuk diagihkan kepada pasukan, berilah mengikut persembahan (performance based) dan kedudukan dalam liga pada penghujung musim nanti. Yang cemerlang dapat banyak dan yang tidak memuaskan dapat mengikut apa yang mereka capai,” katanya.

Sebelum itu, pengurangan penajaan yang dijangka dihadapi MFL serta merta menimbulkan ‘dejavu’ khususnya membabitkan agihan hak penyiaran kepada semua pasukan yang bertanding musim depan.

Ini kerana situasi terbabit dilihat akan memberi imp4k kepada kemampuan mereka untuk mengagihkan hak penyiaran sekali gus menyaksikan pasukan mungkin menerima jumlah yang lebih kecil ataupun kalau tidak bernasib baik, langsung tiada.

Mengambil kira agihan penyiaran bagi musim 2020, pasukan Liga Super menerima RM1 juta sementara pasukan Liga Perdana menerima RM500,000 namun pada 2019, pasukan Liga Super menerima RM1.5 juta manakala pasukan Liga Perdana sebanyak RM500,000.

Jumlah itu bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding jumlah diterima pada 2018 yang menyaksikan pasukan Liga Super menerima RM3 juta manakala pasukan Liga Perdana menerima RM1 juta.

Sumber-MH