Tidak Perlu Risau

KUALA LUMPUR: Apa nasib kontrak pemain selepas ini?

Ketika kerajaan hanya membenarkan sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) bersambung pada hujung tahun, namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekadar mampu menunggu sehingga Ogos, sa!ngan domestik kini berdepan kemungkinan besar dibatalkan.

Sekiranya sa!ngan Liga M terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan, persoalan kini timbul membabitkan status kontrak pemain apatah lagi bagi mereka yang kontraknya bakal berakhir November depan.

Bagaimanapun, peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurrashid menjelaskan setiap pasukan dan pemain tidak perlu risau memandangkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudah memberi ‘jalan’ berhubung isu kontrak yang dilihat mampu memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada kedua-dua belah pihak.

Jelasnya, lebih baik sekiranya pasukan dan pemain dapat mencapai persetujuan menangguhkan kontrak jika sa!ngan Liga M tidak dapat diteruskan daripada pasukan membatalkan terus kontrak pemain mereka.

“Garis panduan FIFA mengenai kontrak ini sekurang-kurangnya beri jaminan kepada pemain apabila liga bersambung nanti. Langkah ini bagi mengekalkan status quo kontrak sahaja.

“Mungkin situasi ini lebih baik buat kedua-dua pihak sebab sekurang-kurangnya, pemain masih ada kontrak selepas sa!ngan bermula kembali nanti.

“Bahasa mudahnya segala obligasi kontrak digantung ketika tiada sa!ngan buat masa ini namun jika tidak bermain bola, tidaklah mendapat gaji. Cuma apabila liga bermula semula dan mereka berlatih, obligasi kontrak masing-masing pun turut bermula semula.

“Tetapi harus diingat persetujuan harus dicapai bersama. Kontrak tidak boleh dibatalkan cuma ia boleh ditangguh. Kalau pasukan sengaja membatalkan kontrak, itu salah dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Terdahulu, badan induk bola sepak dunia itu mencadangkan kontrak pemain boleh dilanjutkan sehingga tarikh baharu sa!ngan liga itu akan berakhir memandangkan ketika ini, sa!ngan liga tidak boleh ditamatkan mengikut perancangan asal susulan COVID-19.

Sumber : BH