Tidak Sangka Rupanya Itu Hadiah Terakhir

BAJU bayi yang dibeli beberapa jam sebelum kemal4ngan menjadi hadiah terakhir ditinggalkan seorang daripada m4ngsa yang m4ut dalam kem4langan di Kilometer 42, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring) di Kuala Berang malam tadi.

M4ngsa, Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, seorang daripada empat m4ngsa yang m4ut dalam kem4langan membabitkan sebuah kereta dan treler.

Isteri kepada Wan Ahmad, Nur Ismalinda Muzafar, 25, berkata, dia tidak menyangka baju bayi itu menjadi hadiah terakhir suaminya untuk anak sulung mereka.

“Tengah hari semalam, saya bersama suami ada keluar dan ketika berada di sebuah kedai, arw4h suami nampak baju yang cantik dan beritahu mahu belikan untuk anak kami yang dijangka lahir pada 16 September ini.

“Memang saya tak sy4k apa-apa bila arw4h cakap nak beli baju itu, rupa-rupanya itu hadiah terakhirnya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu hari ini.

Kata Nur Ismalinda lagi, arw4h suami bersama abangnya, Noriskandar Muzafar, 33, serta tiga lagi rakan mereka bergerak ke Perak pada 4 petang semalam atas urusan kerja.

“Sebelum bert0lak, suami k3jut suruh saya bangun tidur dan beritahu sudah mahu bert0lak.

“Saya sempat salam dan dia g0sok kepala dan perut saya tetapi ia sudah menjadi kebiasaan cuma ketika itu kelihatan suami ceria dan gembira.

“Sebenarnya, arw4h suami dan abang memang rapat cuma mereka nampak lebih akrab sejak seminggu lalu dan selalu bersama,” katanya.

Nur Ismalinda berkata, mesej terakhir suami diterimanya pada 4.30 petang yang mengingatkannya untuk memberi kucing makan.

“Saya ada mesej suami melalui aplikasi WhatsApp pada 7.30 malam tadi tetapi tiada jawapan dan tidak syak apa-apa.

“Saya tahu mengenai kem4langan itu selepas dihubungi polis pada 11 malam dan memaklumkan suami sudah tiada,” katanya yang tinggal di Kuala Nerus.

Selain suami, nahas itu turut mer4gut ny4wa abang kepada Nur Ismalinda, Noriskandar.

Jen4zah Wan Ahmad Adam Murshidy dan abang iparnya, Noriskandar akan dikebvmikan di tanah perkvburan Islam di Kuala Nerus dan Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

Sumber-MH