Tiki-taka Penang FA dapat perhatian media antarabangsa

Pasukan Pulau Pinang menampilkan prestasi cemerlang dalam sa!ngan Liga Perdana setakat ini dimana mereka menghuni posisi tiga pasukan terbaik dibelakang Terengganu II dan Kelantan United.

Baru-baru ini, salah sebuah media antarabangsa, 433 memuat naik gerakan Tiki-Taka yang diterapkan Pulau Pinang pada perlawanan pertama Liga Perdana menentang Sarawak United di laman media sosial rasmi Twitter milik mereka.

Sejak diambil alih oleh Manzoor Azwira, corak permainan Pulau Pinang sedikit berbeza berbanding musim sebelumnya sekaligus memberi kesan positif terhadap persembahan pasukan.

Selain menghuni posisi tiga tangga teratas, Pulau Pinang juga menjadi salah satu pasukan yang masih belum tewas dalam sa!ngan Liga Perdana.

Jika mereka mengekalkan prestasi semasa, tidak mustahil mereka meraih promosi sekaligus kembali ke saingan Liga Super musim hadapan.