Ulasan Dollah Terhadap Isu Hangat Tersebut

Kuala Lumpur: Isu naturalisasi masih lagi hangat diperkatakan dengan terbaharu bekas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh melihat individu berkenaan masih diperlukan dalam skuad Harimau Malaya untuk memberikan s4ingan di pentas antarabangsa.

Beliau yang kini membimbing Sri Pahang FC mengakui bahawa, semua pihak harus berpijak di bumi nyata di mana pasukan kebangsaan sememangnya memerlukan pemain naturalisasi yang mempunyai kelebihan daripada aspek fizikal selain daripada kemahiran di atas padang.

“Kalau tanya saya, memang benda ini (program naturalisasi) saya yang syorkan untuk kita ambil pemain naturalisasi ketika saya masih jurulatih kebangsaan suatu ketika dahulu.

“Ini hakikat yang kita semua perlu terima bahawa Malaysia memang perlukan pemain naturalisasi dan salah satu sebab adalah daripada segi fizikal kerana apabila bermain di peringkat Asia, ini belum cerita di pentas Eropah lagi, pemain-pemain tempatan kita sahaja belum cukup untuk bers4ing.

“Masing-masing ada pendapat sendiri, tetapi kalau ikut pengalaman saya, suk4rlah kalau kita nak berg4ntung harap kepada pemain tempatan sahaja untuk ke peringkat tertinggi, jadi kita kena pastikan pemain naturalisasi ini benar-benar yang layak untuk bersama skuad kebangsaan,” kata Dollah yang membimbing Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard mengakui kehadiran pemain naturalisasi juga turut membantu perkembangan Liga Malaysia dalam melebarkan lagi pemilihan pemain-pemain berkualiti untuk kebaikan kelab.

Stanley berkata, jika dilihat daripada sudut positif kepada kelab, beliau merasakan pemain naturalisasi akan menjadikan sesebuah pasukan itu lebih kuat dan s4ingan Liga Malaysia juga akan lebih berkembang.

“Pada pendapat saya, kita melihat kepada apa kebaikan yang pemain naturalisasi ini boleh bawa kepada kelab, dan secara amnya, pemilihan pemain-pemain juga akan lebih besar malah s4ingan akan lebih kompetitif.

“Cuma, kita perlu meneliti dengan lebih mendalam terhadap pemain itu seperti Paulo Josue, anak dia juga belajar di sini dan dia sendiri dilihat mungkin akan bersara di sini terus, jadi sekiranya dia menjadi pemain naturalisasi, untuk jangka masa panjang, banyak cab4ng dia boleh pergi.

“Untuk itu, saya rasa kita berbalik kepada apa yang pemain naturalisasi itu boleh berikan kepada kita dan saya dapat lihat adanya mereka ini, liga kita akan menjadi lebih elit dan akan lebih banyak membantu daripada segi perkembangan sesebuah pasukan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali pula tidak melihat per3butan tempat yang lebih menc4bar dalam kesebelasan utama dengan adanya pemain naturalisasi akan menyuk4rkan peluang kepada pemain tempatan.

Apa yang penting adalah bagaimana seseorang pemain naturalisasi itu mampu membawa aura yang lebih menyerlah kepada pasukan agar dapat menjadi penanda aras kepada pemain tempatan lain terutamanya mereka yang masih muda.

“Bagi saya, kita kena faham dan jelas bagaimana kualiti yang ada pada seseorang pemain naturalisasi ini untuk mereka menjadi satu contoh dan penanda aras yang baik buat pemain tempatan untuk mengikut prestasi mereka.

“Keseimbangan itu juga penting tetapi untuk pemain tempatan, apabila mereka bers4ing dengan pemain-pemain yang bagus, saya percaya mereka juga akan menjadi lebih bagus, jadi tiada isu pun mengenai program naturalisasi ini,” katanya.

Sumber-MH