Ungkapan Paling Tepat Buat Sarawak United Dan NSFC

KUALA LUMPUR: Umpama aksi final! Mungkin itu ungkapan paling tepat bagi pert3mbungan dua pasukan teratas Liga Perdana, Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Bola S3pak Kuala Lumpur, esok.

Jika menang Sarawak United akan sah bergelar juara musim ini, namun sekiranya perl4wanan berakhir dengan keputusan seri atau kemenangan memihak NSFC, ia akan menyaksikan gelaran juara hanya akan ditentukan pada perl4wanan terakhir, 18 September ini.

Penjaga gol NSFC, Damien Lim Chien Kai menjangkakan pertemuan yang penuh 3pik dan mendeb4rkan akan dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit permainan.

Menghormati Sarawak United yang dibarisi ramai pemain berpengalaman, Damien tidak mahu mereka terlalu mer3ndah diri, sebaliknya dia serta rakan lain bersedia berusaha lebih 100 peratus untuk menjinakkan l4wan.

“Kami lakukan persiapan yang paling menyeluruh bagi menghadapi perl4wanan ini dan suasana dalam pasukan begitu positif. Sememangnya kami tiada pilihan lain iaitu wajib bagi meraih tiga mata apabila berdepan Sarawak.

“Jika menang, kami boleh memastikan peluang di tangan sendiri pada perl4wanan terakhir liga sambil tidak perlu menunggu apa terjadi dengan Sarawak pada perl4wanan terakhir.

“Saya memang hormati Sarawak kerana mereka mempunyai nama-nama besar seperti Sharbinee Allawee, Norshahrul Idlan Talaha, Sandro da Silva dan Taylor Regan serta skuad penuh berpengalaman.

“Namun, itu hanya semasa di luar padang dan apabila kami berdepan mereka esok, kami akan berikan s4ingan sebaik mungkin dan tidak g3ntar untuk cuba meraih kemenangan,” katanya.

Per3butan kejuaraan Liga Perdana masih terbuka selepas Kuching City meraih kemenangan 1-0 ke atas Sarawak United pada Selasa lalu yang menjadikan NSFC berada di tangga kedua masih kekal dua mata di belakang Sarawak.

Sumber-BH