Berharap Dapat Menyunt!k Stamina Baharu KDA FC

ALOR SETAR: Persatuan Bolas3pak Kedah (KFA) melantik tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai penaung pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Presidennya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Mohd Daud, 57, diyakini mampu membantu usaha mewujudkan j4ringan pintar antara KDA FC bersama pemegang t4ruh lain, serta menyunt!k semangat baharu kepada pasukan berkenaan.

“Penglibatan Mohd Daud diharap menyunt!k stamina baharu kepada KDA FC dan industri bola s3pak di negara ini. Saya merak4mkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana setuju t3rjun ke dalam kancah bola sep4k yang amat menc4bar ini.

“Penglibatan beliau diyakini dapat membantu usaha mewujudkan j4ringan pintar KDA FC dengan semua pemegang t4ruh dan seluruh rakyat Kedah,” katanya pada sidang media khas secara dalam talian hari ini.

Ketika ini, Mohd Daud dikenali sebagai tokoh kewangan dan usahawan dalam pelbagai bidang termasuk memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, beliau turut pernah menerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2014 selain terbabit dalam banyak aktiviti masyarakat di Kedah dan di negara ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar berkata, pengalaman dan reputasi dimiliki Mohd Daud diyakini dapat membantu aspek pengurusan kelab dan hal berkaitan pembangunan bola s3pak negeri.

Sementara itu, Mohd Daud berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada KDA FC dan kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada beliau untuk memberi nafas baharu meremajakan kelab berkenaan.

“Saya sedar betapa mencab4rnya bidang sukan khususnya bola sep4k dan saya ambil cab4ran memimpin KDA FC bagi menjadikannya sebagai pasukan mempunyai kelestarian kewangan, fasiliti yang m4mpan, kejurulatihan beraras tinggi dan pemain yang cekap.

“Antara fokus utama pada 2022 ialah menyediakan dana bagi membina Pusat Latihan KDA yang akan menjadi pusat graviti bukan sahaja kepada KDA FC tetapi juga seluruh komuniti Kedah, manakala rancangan tempoh selanjutnya ialah membina stadium KDA FC,” katanya.

Sumber-BH