Farizal Terpaksa Akur Dan Terima Dengan Hati Yang Terbuka

JOHOR BAHRU: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias kec3wa selepas tidak tersenarai ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Piala AFF di Singapura yang meny!ngkap tirainya dari 5 Disember ini hingga 1 Januari depan.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun yang memiliki 48 kaps bersama skuad Harimau Malaya optimis kelibat tiga penjaga gol yang menjadi pilihan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Khairulazhan Khalid dan Azri Ab Ghani mampu mem!kul tugas selaku b3nteng terakhir pasukan.

“Sudah pasti saya mahu sertai (Piala AFF 2020). Tapi keputusan itu sudah dibuat oleh ketua jurulatih. Jadi, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Bagi saya, mereka yang dipilih ini adalah pemain yang berkebolehan. Apek (Khairul Fahmi) dan Yan (Khairulazhan) adalah penjaga gol berpengalaman manakala Azri, pemain muda yang menyerlah ketika mewakili negara pada kejohanan bawah 23 tahun.

“Ketiadaan saya dalam skuad kebangsaan pada kejohanan itu nanti bukanlah isu yang besar. Mereka ini sudah berpengalaman di peringkat antarabangsa, saya doakan mereka yang terbaik,” katanya.

Selain Farizal, beberapa lagi pemain JDT yang kerap mewakili negara sebelum ini tidak berada dalam radar pengendali kebangsaan itu ialah Matthew Davies, Nazmi Faiz Mansor dan La’Vere Corbin Ong serta bintang mudanya, Arif Aiman Hanapi.

Seramai lapan pemain JDT disenaraikan Cheng Hoe bagi kejohanan itu iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, Shahrul Saad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad serta dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh.

Kem latihan pusat skuad negara akan dijalankan secara berperingkat bermula Isnin ini manakala pemain yang berpangkalan di luar negara seperti Junior Eldstal, Dominic Tan, Dion Cools dan Luqman Hakim akan terus terbang ke Singapura.

Sumber-BH