Pemilik TRW Buat Satu Pembaharuan Yang Bagus

Kuala Lumpur: Bagi memastikan kebajikan pemain dib3la sebaiknya, Kelantan FC mengambil inisiatif bijak apabila melancarkan perkongsian perniagaan Zamburger Street Food bersama pegawai dan pemain The Red Warriors (TRW) yang terpilih.

Pemilik TRW, Norizam Tukiman berkata, menerusi perkongsian perniagaan burger itu, pegawai dan pemain akan meraih 70 peratus (%) keuntungan hasil daripada jualan burger pada setiap bulan itu.

Jelasnya, ketua jurulatih pasukan, Rezal Zambry Yahya adalah individu pertama daripada TRW yang dipilih untuk menjadi rakan kongsinya itu.

Katanya lagi, sambil menjadi jurulatih TRW, Rezal juga dapat menambah pendapatan harian hasil perniagaan itu.

“Saya bawa konsep 70 dan 30 di mana 70% milik Rezal dan 30% dimiliki syarikat saya. Jadi maksudnya kat sini, kita mahu wujudkan pendapatan yang lebih konsisten disamping sebagai jurulatih, tapi ada pendapatan bulanan yang mana dia tak perlu ada untuk buat kerja di sana tapi dia boleh mengadakan perniagaan.

“Ini adalah permulaan dan Insya-Allah kita akan berikan nanti kepada pemain-pemain TRW yang terpilih untuk mendapat pendapatan tambahan yang lebih konsisten sebab sedia maklum, pemain-pemain mungkin hanya ada gaji ketika kontrak tapi selepas habis kontrak tak ada gaji.

“Jadi saya rasa dengan pembaharuan ini, mungkin walaupun sekadar jual burger tapi dapat bantu pendapatan yang konsisten, dan menjamin masa depan sebagai seorang pemain dan dalam industri bola s3pak,” katanya.

Sementara itu, Rezal mengucapkan terima kasih kepada Norizam di atas kepercayaan untuk memilihnya selaku rakan kongsi.

Malah, bekas pemain kebangsaan itu juga melihat ia sebagai satu perkara baharu dalam bola sep4k tempatan khususnya dalam menjamin masa depan pemain.

“Satu peluang yang lain daripada bola s3pak, di mana pemilik TRW ada membuat sesuatu memberi pemain dan jurulatih satu perkara di luar bola s3pak, tetapi membawa pendapatan kepada kita semua. Jadi ini satu rancangan yang bagus,” kata Rezal.

Sumber-MH