Permulaan Baharu Buat Sabah FC

KOTA KINABALU: Sabah FC sudah mula menawarkan kontrak baharu kepada pemain-pemainnya untuk kembali beraksi dalam s4ingan Liga Super musim depan.

Pemain pertahanan skuad Sang Badak itu, Rawilson Batuil antara yang terawal menandatangani kontrak baharu bersama Sabah FC.

Pemain berumur 27 tahun yang berasal dari Kota Marudu itu sudah bersama Sabah FC selama lapan musim dan bakal menambah semusim lagi selepas sah meng!kat kontrak baharu semalam.

Perkara itu disahkan sendiri Rawilson dalam perkongsian di akaun Facebooknya semalam yang turut disertakan dengan gambar ketika dia menandatangi kontrak.

Turut kelihatan dalam gambar ialah pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee; Pengurus Pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir dan Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw.Dalam perkongsian di akaun Facebooknya, Rawilson menyatakan tekadnya untuk berusaha semampu yang boleh demi Sabah FC.

“Terima kasih Sabah FC atas kepercayaan khidmat saya. Saya akan berusaha semampu yang boleh menggunakan kudr4t demi Sabah FC.

“Terima kasih juga kepada penyokong yang tidak putvs-pvtus memberi semangat kepada Saya. Jumpa di musim baru,” kata Rawilson.

Selain Rawilson, belum ada berita tentang pemain lain yang bakal kembali beraksi bersama Sabah, sebaliknya ada sp3kulasi mengatakan 16 pemain musim ini mungkin digvgurkan.

Kim Swee dikatakan mahu meng!kat pemain berpengalaman dari kelab lain termasuk Baddrol Bakhtiar dari Kedah Darul Aman (KDA) FC dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dari Melaka United FC.

Namun, keputusan rasmi barisan pemain baharu skuad Sang Badak dijangka diketahui awal bulan depan seperti dimaklumkan Kim Swee dalam kenyataannya, semalam.

Sumber-BH