Persoalan Status Baddrol KDA FC

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tetap mempunyai perancangan terhadap kapten mereka, Baddrol Bakhtiar pada musim depan walaupun pemain legenda itu dikhabarkan bakal meningg4lkan skuad Hijau Kuning untuk berhijrah ke pasukan lain.

Pemain yang sudah menj4ringkan 123 gol buat Kedah sepanjang kariernya itu kini hangat dikaitkan dengan penghijrahan ke Sabah FC musim depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali, pihaknya mengakui terdapat banyak desas desus meng4itkan penghijrahan Baddrol ke pasukan lain sekali gus menc3tuskan rasa g3lisah peminat yang masih mahu beliau kekal di Kedah pada musim depan.

“Kita tahu Baddrol banyak berjasa kepada pasukan dan kami menghargai jasa yang sudah ditaburnya buat Kedah selama ini, namun berita di laman s0sial seumpama ini sedikit sebanyak memberi kesan serta persoalan mengenai statusnya bersama pasukan pada musim depan.

“Walaupun dih!mpit khabar angin yang meng4itkan namanya ke pasukan lain, namun bagi KDA FC kami tetap mempunyai perancangan musim depan buatnya dan setakat kini belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung perkara berkenaan.

“Kami juga faham, sebagai pemain profesional, Baddrol juga memiliki perancangan serta hala tuju yang akan ditetapkannya sendiri dan itu adalah perkara biasa dalam kerjaya bola s3pak,” katanya.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih Kedah pada zaman kejuaraan Double Treble, Azraai Khor Abdullah memuat naik ucapan selamat maju jaya kepada Baddrol melalui laman Facebook miliknya hari ini.

“Ucapan selamat tinggal buat legendaku. Saya tiada kata-kata lagi dan semoga Allah memberi petunjuk dalam perjalanan kerjaya mu.

Kami akan merindui mu…,” katanya.

Selain Baddrol, seorang lagi pemain berpengalaman yang beraksi di posisi sayap kanan, Rizal Ghazali turut dikatakan akan bersama Baddrol ke Sabah FC musim depan.

Sumber-MH