Selera KL City Semakin Besar

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta r3kod mara ke pusingan k4lah m4ti Piala Malaysia dalam tempoh 29 tahun, KL City kini menyimpan impian besar untuk melangkah ke final.

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak menegaskan bahawa semua pemainnya menaruh keinginan untuk layak ke final walaupun perlu melepasi Melaka United terlebih dahulu di separuh akhir pada Isnin dan Jumaat ini.

“Suku akhir bagus tapi kami mahu lebih lagi. Kami mempunyai impian dan berharap ia berjalan lancar, tiada siapa boleh h4lang kami untuk menaruh impian.

“Melaka pasukan yang sangat bagus, memiliki ramai pemain berpengalaman. Kami yakin sebab kami sentiasa meningkat sepanjang musim musim ini.

“Kami belum t3was di Piala Malaysia musim ini dan setiap kemenangan memberikan anda lebih keyakinan terutama dalam beberapa perl4wanan terakhir kami tidak dib0losi,” katanya.

KL City menyingk!rkan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor di suku akhir menerusi agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 di Stadium Bolas3pak Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel menyifatkan kesil4pan yang dilakukan pemain Red Giants menyebabkan mereka g4gal bangkit selepas t3was 0-2 pada suku akhir pertama, sebelum ini.

“Sama seperti saya katakan sebelum perl4wanan, peluang kami akan meningkat sekiranya menj4ringkan gol pertama.

“Saya tidak mahu salahkan pemain, mereka sudah lakukan yang mereka boleh tapi kami tidak dapat j4ringkan gol dan tidak layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Sumber-BH