Sri Pahang Salah Satu Daripada Empat Kelab Tersebut

Kuala Lumpur: Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan FC dan Petaling Jaya City FC (PJ City), pasukan Sri Pahang FC antara pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang bergerak atas bahu sendiri tanpa mengharapkan dana kerajaan negeri.

Malah, ia juga berop3rasi penuh atas status kelab profesional seiring dengan konsep penswastaan yang digariskan Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) ketika ini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, skuad Tok Gajah adalah antara empat kelab yang tidak lagi menggunakan dana kerajaan negeri.

Katanya, pasukan lain turut sedang berusaha untuk mengikut jejak empat pasukan terbabit dan beliau percaya menjelang 2023 nanti kesemua pasukan tidak akan lagi berg4ntung dengan dana kerajaan.

“Ambil contoh JDT, Kelantan dan PJ City, mereka ini adalah model untuk pasukan-pasukan yang ada sekarang. Saya difahamkan banyak pasukan sedang ke arah itu (tidak guna dana kerajaan).

“Saya difahamkan Pahang tidak menggunakan dana kerajaan. Yakin dan percaya, kebanyakan pasukan akan berubah dan bergerak atas kaki sendiri,” katanya.

Sebelum ini, s4ingan Liga M terus dih!mpit dengan isu tungg4kan gaji membabitkan beberapa pasukan khususnya yang masih diuruskan kerajaan negeri.

Antaranya Perak FC yang kini terd3sak untuk menyelesaikan tungg4kan gaji pemain.

Difahamkan, skuad The Bos Gaurus sedang mencari pemilik penuh yang sanggup membeli pasukan itu dengan harga RM10 juta.

Selain itu, Kedah Darul Aman FC juga turut terp4lit dengan masalah pembayaran gaji yang akhirnya diselesaikan oleh Menteri Besar yang juga mer4ngkap Presiden Persatuan Bolas3pak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor beberapa hari sebelum aksi suku akhir Piala Malaysia minggu lalu.

Sumber-MH